Loading
 
Malaysia's No.1 Paint Brand

Kenapa Si Kecil Suka Conteng Dinding Rumah? Ibu Ayah Jangan Marah Sebelum Tahu Apa Sebabnya

Majalah Pa&Ma – Kanak-kanak

"Adam...kenapa conteng dinding lagi ni? Kan mama cakap lukis kat kertas je," jerit Aini pada anaknya yang berusia 4 tahun.

Mesti ramai ibu pun sama macam Aini. Marah bila anak conteng dinding rumah. Eh, siapa tak sakit mata tengok dinding rumah yang bersih dah jadi comot dengan contengan lukisan si kecil.

Sekiranya anak anda tanpa sengaja menconteng dinding, jangan risau kerana ada teknologi cat yang boleh membersihkan kesan kotoran contengan dan sisa makanan seperti krayon, pensil warna, jus dan lain-lain. Jadi, jangan terus marah anak kerana ada penyelesaiannya.

Bagaimana untuk jadikan rumah satu persekitaran yang boleh menggalakkan imaginasi si manja?

* Sediakan satu bekas yang mengandungi pelbagai objek menarik dan biarkan ia di satu sudut di rumah supaya anak mudah mengambilnya. Objek yang disediakan dalam bekas dan akan digunakan sebagai alat permainan imaginasi anak mestilah bergantung pada tahap usia anak anda.

* Pilih warna yang boleh meningkatkan lagi kreativiti anak anda. Wujudkan satu sudut kreatif di rumah dan warnakan ruang itu dengan warna biru. Biru adalah warna langit, laut dan keselamatan. Biru juga warna yang menunjukkan kreativiti dan kebijaksanaan. Apabila anak terbiasa dengan persekitaran yang dianggap selamat, maka si manja akan lebih banyak meneroka.

* Guna cat yang mudah dibersihkan dan mempunyai ketahanan tinggi terhadap sentalan pada dinding dan ibu ayah tak perlu rasa risau lagi.

Mesej ini adalah sebahagian daripada Program Kesejahteraan Kanak-Kanak (Child Wellness Programme) oleh Nippon Paint Malaysia, dalam usaha meningkatkan kesedaran terhadap keadaan keselamatan dan kesihatan kanak-kanak, serta menguatkan ibu bapa dengan pengetahuan relevan bagi membuat keputusan serta menyediakan persekitaran selamat bagi perkembangan anak mereka. Program ini menumpukan pada faktor kebersihan udara, sentuhan selamat dan kreativiti untuk bayi, kanak-kanak dan kanak-kanak pra-sekolah.

Selari dengan program tersebut, Nippon Paint turut menampilkan produk cat yang inovatif bagi membantu memastikan si kecil sentiasa membesar dalam suasana yang selamat di bawah Rangkaian Mesra Kanak-Kanak (Child Wellness Range).

Rangkaian Nippon Paint Mesra Kanak-Kanak terdiri daripada 3 teknologi unik yang memenuhi keperluan setiap fasa tumbesaran anak anda.

1. Udara bersih

Anti formaldehid dengan Active Carbon Technology.*

Bayi banyak menghabiskan masa di dalam rumah dan mereka juga paling sensitif kepada bahan kimia dan punca alahan dalam udara persekitaran. Dengan Active Carbon Technology yang menyerap formaldehid berbahaya dan menukarkan udara lebih segar supaya bayi selamat bernafas.

2. Eksplorasi Selamat

Anti-viral dan anti-bacterial dengan Silver Ion Technology

Kanak-kanak yang sedang belajar berjalan menyentuh setiap permukaan di rumah untuk berdiri lebih stabil. Kini si manja boleh bereksplorasi dengan selamat, kerana Silver Ion Technology menghalang penyebaran **virus-virus dan bakteria-bakteria berbahaya pada dinding.

Perak adalah antara antimikrobial semula jadi tertua di dunia. Ia menghalang pertumbuhan mikroorgannisma seperti virus, bakteria, kulapuk dan kulat.

3. Kreativiti

Kuasa pembersihan bagus dengan Anti-Stain Technology

Bila kanak-kanak mula ekspresikan kreativiti, dinding bagaikan kanvas besar untuk mereka menconteng. Dengan teknologi tersebut, mereka bebas berkreativiti kerana dinding kini mudah dibersihkan semula.

Mudah membersihkan kesan contengan atau kotoran sisa makanan seperti krayon, pensil warna, jus, sos dan lain-lain.

Lapisan filem cat tidak rosak walaupun selepas 10,000 sentalan. ***

*Fungsi ini hanya terdapat di dalam Odour-less AirCare.

** Virus - HFMD (virus Coxsackie A16), H1N1 (Swine Flu)

     Bakteria - E. Coli, MRSA

***Bila diuji dalam keadaan makmal/eksperimen.

Link: http://www.majalahpama.my/kanak-kanak/perkembangan/kenapa-si-kecil-suka-conteng-dinding-rumah-ibu-ayah-jangan-marah-sebelum-tahu-apa-sebabnya-1.743673

Brush Kenji Sakai

In Memory of
Mr. Kenji Sakai

EX-Chairman of the Board at Nippon Paint Holdings Co Ltd.
0000 - 2018

The Management and Staff of Nippon Paint Malaysia Group
are saddened to share the news that our Ex-Chairman of the
Board at Nippon Paint Holdings Co Ltd., Mr Kenji Sakai has
passed away on May 1, 2018.

We would like to take this day to mourn the loss of a
respected leader and a dear friend of ours as well as honour
his service and dedication in setting a great legacy here at
Nippon Paint.

Our deepest condolences to the family of Mr. Kenji Sakai.
May you rest in peace.