Loading
 
Malaysia's No.1 Paint Brand

Nak Tahu Tak Cara Untuk Cat Bilik Anak Tanpa Bau Dan Boleh Padam Kesan Contengan Pada Dinding? Ibu Ayah Memang Wajib Guna Ini!

Karangkraf – Lawatan

Nak Tahu Tak Cara Untuk Cat Bilik Anak Tanpa Bau Dan Boleh Padam Kesan Contengan Pada Dinding? Ibu Ayah Memang Wajib Guna Ini!

Mesti ramai ibu bapa tak tahu rupanya, cat dinding rumah kita memainkan peranan penting dalam membantu persekitaran bersih dan sihat untuk si kecil membesar. Bayi dan kanak-kanak menghabiskan lebih masa dalam rumah dan bernafas lebih kerap berbanding orang dewasa. Oleh itu ibu ayah perlu lebih prihatin dalam soal pemilihan jenis cat yang berkualiti untuk memastikan si manja dapat bermain dan meneroka persekitaran rumah dengan selesa dan selamat.

Sebagai jenama penyelesaian cat No. 1 di Malaysia, Nippon Paint nyata prihatin terhadap golongan bayi dan kanak-kanak yang memerlukan persekitaran yang lebih baik tampil melancarkan program Kesejahteraan Kanak-Kanak Bersama Persatuan-Persatuan Nasional

 

Dalam program tersebut, Nippon Paint turut memperkenalkan Rangkaian Mesra Kanak-Kanak, siri cat pertama di Malaysia yang memberi tumpuan kepada udara bersih, permukaan yang selamat dan daya kreativiti bagi 3 pencapaian pertumbuhan utama - peringkat bayi, kanak-kanak seadng bertatih dan pra-sekolah.

Program Kesejahteraan Kanak-Kanak menyaksikan beberapa penglibatan persatuan nasional seperti Persatuan Pediatrik Malaysia (MPA), Persatuan Alergi Dan Imunologi Malaysia (MSAI), Persatuan Pengasuh Berdaftar Malaysia (PPBM) serta Persatuan Tadika Malaysia (PTM), bekerjasama dengan para pakar perubatan dan pemilik atau pengendali pusat jagaan kanak-kanak untuk menyediakan langkah mudah dan nasihat pakar kepada ibu bapa yang prihatin terhadap kesihatan anak-anak.

Kenapa ibu ayah perlu guna cat terbaharu Nippon untuk rumah mereka?

1. Inovasi cat yang menggunakan Teknologi Karbon Aktif direka untuk secara terus menerus menyerap bahan formaldehid yang berbahaya daripada udara dan mengubahnya menjadi wap air supaya udara menjadi lebih bersih.

2. Rangkaian penyelesaian cat yang turut mengandungi Teknologi Ion Perak ini berupaya mengurangkan pembiakan virus dan bakteria di permukaan dinding seperti virus Influenza A (H1N1) dan Coxsackie A16, yang menyebabkan Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) serta beberapa jenis bakteria lain seperti E.Coli, MRSA dan Staphylococcus Aureus.

3. Turut ada Teknologi Anti-Cemar agar ibu bapa tak perlu risau sekiranya anak-anak mereka menunjukkan kreativiti kerana kesan kotor pada dinding boleh dibersihkan dengan mudah.

Jadi, ibu ayah tak perlu lagi risau apabila si kecil mula meneroka persekitaran dengan merangkak, menyentuh, merasa dan menggigit benda-benda berhampiran mereka di rumah.

Selain itu, melalui Program Kesejahteraan Kanak-Kanak ini, ibu bapa boleh mendapatkan maklumat dan nasihat professional daripada pakar perubatan bertauliah secara dalam talian menerusi platform digital dan Facebook berkenaan tentang simptom penyakit anak mereka dan cara rawatan yang sesuai hasil kerjasama dengan MPA dan MSAI. Secara tidak langsung ia mengurangkan risiko ibu bapa mendapatkan nasihat salah dari 'doktor digital' apabila mereka melayari mana-mana laman web untuk mencari info tentang sebarang simptom penyakit anak.

Link: http://www.karangkraf.com/lawatan/nak-tahu-tak-cara-untuk-cat-bilik-anak-tanpa-bau-dan-boleh-padam-kesan-contengan-pada-dinding-ibu-ayah-memang-wajib-guna-ini-1.736456

Brush Kenji Sakai

In Memory of
Mr. Kenji Sakai

EX-Chairman of the Board at Nippon Paint Holdings Co Ltd.
0000 - 2018

The Management and Staff of Nippon Paint Malaysia Group
are saddened to share the news that our Ex-Chairman of the
Board at Nippon Paint Holdings Co Ltd., Mr Kenji Sakai has
passed away on May 1, 2018.

We would like to take this day to mourn the loss of a
respected leader and a dear friend of ours as well as honour
his service and dedication in setting a great legacy here at
Nippon Paint.

Our deepest condolences to the family of Mr. Kenji Sakai.
May you rest in peace.