Loading
 
Malaysia's No.1 Paint Brand

Risau Anak Terjangkit Macam-Macam Kuman Yang Ada Di Sekitar Rumah, Ibu Ayah Wajib Buat Cara Ini Untuk Elakkannya

Majalah Pa&Ma – Kanak-kanak

"Aina, jangan masukkan mainan tu dalam mulut. Kotor! Nanti kuman masuk dalam perut," larang ibu pada anak kecilnya yang semakin pandai masukkan objek ke dalam mulut.

Ada anak kecil di rumah bermakna banyak perubahan perlu dibuat dalam kehidupan anda berdua. Ia bukan sekadar perubahan aktiviti dan cara hidup tetapi termasuk penyediaan persekitaran yang mesra bayi dan sudah tentu selamat dari kuman.

Bayi dan kanak-kanak adalah golongan yang paling mudah dijangkiti kuman yang banyak di persekitaran kita. Jadi apakah yang ibu ayah perlu beri perhatian jika mahu anak membesar dalam persekitaran yang bersih supaya tumbesaran fizikal dan mindanya tidak terganggu? Inilah yang anda patut buat.

1. Sediakan persekitaran sihat supaya si kecil boleh bernafas dengan selesa

Mewujudkan persekitaran bebas formaldehid (bahan cemar dalam udara) untuk memperbaiki kualiti udara dalam rumah. Volatile Organic Compound (VOC) dan formaldehid adalah bahan cemar yang biasa ada dalam udara di dalam rumah.

Bayi dan kanak-kanak mudah alah pada bahan cemar bawaan udara. Bahan cemar ini biasanya ada di dalam rumah kita dan boleh ada di perabot, kelengkapan rumah, tekstil rumah, produk penjagaan peribadi, lilin, perabot kayu, lantai lamina, almari dan permaidani. Ia juga boleh ada pada rokok dan produk tembakau, dapur gas. Kesan jika terdedah sedikit pada bahan cemar ini boleh menyebabkan alergi seperti mata, hidung, tekak gatal dan kulit ruam-ruam. Pendedahan lama dan berpanjangan mungkin memburukkan lagi simptom asma serta risiko kena kanser.

Si kecil lebih mudah mendapat kesan buruk bahan cemar formaldehid disebabkan saiz mereka (rangka dan sistem badan) dan badan mereka juga masih lagi hendak membesar. Bayi yang belajar merangkak juga berisiko tinggi mudah terjangkit bahan tercemar tersebut.

Apa perlu buat untuk memperbaiki kualiti udara dalam rumah?

Kawal sumber-sumber pencemaran dengan membuang atau menempatkan semula bahan pencemar bagi mengurangkan pengeluarannya.

Kurangkan pengumpulan bahan pencemaran udara dalam rumah dengan meningkatkan aliran udara di luar rumah ke dalam, barulah boleh bagi udara segar dari luar ganti udara hapak yang terkumpul dalam rumah.

Guna produk pembersih bebas toksik.

Jangan merokok atau benarkan sesiapa pun merokok dalam rumah!

Gunakan bahan bersalut yang rendah/sifar Volatile Organic Compound (VOC) untuk semua permukaan tertutup dan cat yang berupaya untuk menukar formaldehid tertutup kepada wap air.

Hadkan penggunaan permaidani. Jangan pasang di kawasan yang mudah terdedah pada kotoran atau tumpahan air. Permaidani mesti divakum setiap hari.

2. Pastikan apa yang disentuh anak adalah selamat. Kuman menunggu di dalam rumah anda!

Bayi yang berusia antara 9 hingga 12 bulan akan mula meneroka persekitaran mereka. Si kecil akan menyentuh apa sahaja dan memasukkan objek ke dalam mulut. Jadi, untuk memastikan si manja selamat meneroka, ibu ayah kena mula pastikan rumah adalah child proofing.

Ibu bapa kena pastikan setiap permukaan lantai bersih untuk meminimakan kuman dan bakteria masuk ke dalam mulut anak.

Kanak-kanak bawah usia 5 tahun paling terdedah pada risiko penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD).

Virus selesema juga kadang-kala aktif pada permukaan dalam rumah lebih dari seminggu.

Untuk pengetahuan ibu ayah, ada 6 permukaan berkuman di rumah yang sangat digemari oleh si kecil

a. Ada kira-kira 500,000 bakteria di sekeliling lantai dan alat mainan si manja.

b. Botol minuman atau botol susu boleh jadi tempat pertumbuhan bakteria berbahaya dari kulat dan bakteria staph.

c. Alat kawalan jauh TV yang terjatuh atas lantai, terselit celah kusyen sofa, terkena batuk dan bersin.

d.  Makanan yang dikutip semula oleh anak mungkin mengandungi bakteria berbahaya termasuk E. coli dan staph.

e. Dinding adalah permukaan dalam rumah yang paling besar dan boleh menyebabkan penghantaran penyakit seperti HFMD, Influenza, jangkitan E. coli, jangkitan MRSA dan Staphylococcus Aureus. Kajian pemasaran bebas yang dilakukan mendapati lebih 80% ibu memberitahu mereka tidak pernah membersihkan dinding rumah!

Bagaimana hendak melindungi anak daripada permukaan berkuman di dalam rumah?

* Ajar anak tabiat mencuci tangan dengan kerap.

* Bersihkan botol minuman dan botol susu anak menggunakan sabun pencuci khas, bilas dengan air bersih dan keringkan ia sebelum digunakan.

* Lap alat kawalan TV menggunakan pencuci nyah kuman setiap masa.

* Sentiasa mop lantai rumah menggunakan pencuci anti bakteria.

* Lindungi anak anda daripada Influenza A(H1N1) dan HFMD dengan menggunakan cat anti-virus dan anti-bakteria pada dinding rumah.

Mesej ini adalah sebahagian daripada Program Kesejahteraan Kanak-Kanak (Child Wellness Programme) oleh Nippon Paint Malaysia, dalam usaha meningkatkan kesedaran terhadap keadaan keselamatan dan kesihatan kanak-kanak, serta menguatkan ibu bapa dengan pengetahuan relevan bagi membuat keputusan serta menyediakan persekitaran selamat bagi perkembangan anak mereka. Program ini menumpukan pada faktor kebersihan udara, sentuhan selamat dan kreativiti untuk bayi, kanak-kanak dan kanak-kanak pra-sekolah.

Selari dengan program tersebut, Nippon Paint turut menampilkan produk cat yang inovatif bagi membantu memastikan si kecil sentiasa membesar dalam suasana yang selamat di bawah Rangkaian Mesra Kanak-Kanak (Child Wellness Range).

Rangkaian Nippon Paint Mesra Kanak-Kanak terdiri daripada 3 teknologi unik yang memenuhi keperluan setiap fasa tumbesaran anak anda.

1.Udara bersih

Anti formaldehid dengan Active Carbon Technology*

Bayi banyak menghabiskan masa di dalam rumah dan mereka juga paling sensitif kepada bahan kimia dan punca alahan dalam udara persekitaran. Dengan Active Carbon Technology yang menyerap formaldehid berbahaya dan menukarkan udara lebih segar supaya bayi selamat bernafas.

2.Eksplorasi Selamat

Anti-viral dan anti-bacterial dengan Silver Ion Technology

Kanak-kanak yang sedang belajar berjalan menyentuh setiap permukaan di rumah untuk berdiri lebih stabil. Kini si manja boleh bereksplorasi dengan selamat, kerana Silver Ion Technology menghalang penyebaran ** virus-virus dan bakteria-bakteria berbahaya pada dinding.

Perak adalah antara antimikrobial semula jadi tertua di dunia. Ia menghalang pertumbuhan mikroorgannisma seperti virus, bakteria, kulapuk dan kulat.

3.Kreativiti

Kuasa pembersihan bagus dengan Anti-Stain Technology

Bila kanak-kanak mula ekspresikan kreativiti, dinding bagaikan kanvas besar untuk mereka menconteng. Dengan teknologi tersebut, mereka bebas berkreativiti kerana dinding kini mudah dibersihkan semula.

Mudah membersihkan kesan contengan atau kotoran sisa makanan seperti krayon, pensil warna, jus, sos dan lain-lain.

Lapisan filem cat tidak rosak walaupun selepas 10,000 sentalan. ***

*Fungsi ini hanya terdapat di dalam Odour-less AirCare.

** Virus - HFMD (virus Coxsackie A16), H1N1 (Swine Flu)

     Bakteria - E. Coli, MRSA

***Bila diuji dalam keadaan makmal/eksperimen.

Link: http://www.majalahpama.my/kanak-kanak/penjagaan/risau-anak-terjangkit-macam-macam-kuman-yang-ada-di-sekitar-rumah-ibu-ayah-wajib-buat-cara-ini-untuk-elakkannya-1.740565

 

Brush Kenji Sakai

In Memory of
Mr. Kenji Sakai

EX-Chairman of the Board at Nippon Paint Holdings Co Ltd.
0000 - 2018

The Management and Staff of Nippon Paint Malaysia Group
are saddened to share the news that our Ex-Chairman of the
Board at Nippon Paint Holdings Co Ltd., Mr Kenji Sakai has
passed away on May 1, 2018.

We would like to take this day to mourn the loss of a
respected leader and a dear friend of ours as well as honour
his service and dedication in setting a great legacy here at
Nippon Paint.

Our deepest condolences to the family of Mr. Kenji Sakai.
May you rest in peace.